Bukit Puteri.

Gambar ni diambil oleh Hugh Clifford pada tahun 1895 Masihi di Bukit Puteri, Kuala Terengganu. Ketika ini mereka dalam ekspedisi memburu Pembesar & Pahlawan Pahang iaitu Dato Bahaman, Tok Gajah , Mat Kilau , Mat Kilau , Panglima Hitam @ Radin Damabulan , Pawang Nong , dan pejuang lain²nya.

Hugh Clifford membuat pemburuan besar²an ke atas Para Pahlawan Pahang bersama bantuan dari Raja siam , Selepas Peristiwa Jeram Ampai pada bulan Jun 1894 Masihi sehinggalah pada bulan November 1895 Masihi , British terpaksa berhentikan pemburuan dan ekspedisinya memburu para Pahlawan Pahang kerana telah ‘Mati Kutu’ dan membelanjakan banyak kos yang merugikan mereka.

Rombongan ekspedisi Hugh Clifford hanya singgah ke Kuala Terengganu ketika misi mencari dan menangkap para pembesar dan Pahlawan Pahang , Walaupun Hugh Clifford tahu para Pahlawan Pahang berada di Kuala Terengganu , Tetapi beliau bersama pengikutnya tidak berani berbuat apa kerana adanya Waliyullah Engku Sayyid Tokku Paloh dan tidak mendapat sokongan dari Sultan Terengganu – Sultan Zainal Abidin lll.

Untuk pengetahuan pembaca , Negeri Terengganu adalah negeri yang paling ditakuti British suatu ketika dahulu dan juga negeri terakhir yang British dapat campur tangan mengambil peluang menguasai kerajaan Terengganu dengan mencampuri sistem pemerintahan pada tahun 1919M , Itupun selepas kemangkatan Tokku Paloh pada tahun 1917 Masihi.

Tokku Paloh bukan saja memberi perlindungan, bahkan mengajarkan Para Pahlawan Pahang Beberapa Ilmu dan menyusun strategi bagi Pahlawan Pahang – Kelantan – Terengganu menawan Kubu British di Jeram Ampai Jerantut Pahang. Hugh Clifford menyifatkan kekuatan & pengaruh Tokku Paloh sangat luar biasa kerana mereka pernah mengalami beberapa peristiwa dimana Tokku Paloh hanya menyengetkan serbannya , Maka bergoncanglah seluruh armada British di Laut Terengganu , Para perunding British juga ketakutan selepas kerusi yang mereka duduk melekat di punggung ketika berjumpa Tokku Paloh untuk berunding meminta sebahagian Tanah di Terengganu.

Bukan itu saja , Pernah sekali British membawa Armada Kapal Perangnya untuk menggertak dan menakutkan Sultan Terengganu , Tokku Paloh dan para rakyat, British melepaskan tembakan meriam berdas² di pantai Terengganu , Ketika itu Sultan Zainal Abdiin lll menitahkan Tokku Paloh untuk melihat apa yang terjadi , Tokku Paloh dan murid kesayangannya Haji Abdul Rahman Limbong hanya pergi berjalan ditepian pantai , Maka gerunlah Penjajah British , Kerana melihat begitu ramai Pahlawan Melayu dengan Bersenjata berdiri menghadap mereka. Sedangkan ketika itu hanya Tokku Paloh dan Haji Abdul Rahman Limbong yang berada disitu , Maka british pun beredar dengan segera.

Ingat nak selit sikit kisah , peristiwa awal serangan Para Pahlawan Pahang Kelantan dan Terengganu sehingga berjaya menawan kubu british , Dah lewat malam dah , Nantilah kita sembang pasal peristiwa tu. Kesimpulan dari post ini gabungan antara Umara dan Ulama itu sangat penting dalam sebuah pemerintahan islam. Tokku Paloh adalah orang kanan & kepercayaan Sultan Zainal Abidin lll. Setiap kali british cuba membuat muslihat untuk menawan dan mencampuri pemerintahan Terengganu , Sultan Zainal Abidin lll hanya berkata “Tanah ini bertuan , Kalau nak pergilah jumpa tuannya (Tokku Paloh).

Jadi Tokoh Peranan Terpenting yang kita boleh lihat pada post ini adalah Waliyullah Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad al-Aidrus. Ataupun lebih dikenali sebagai Tokku Paloh @ Engku Sayyid Paloh ( 1817 – 1917).

Bisirril Fatihah.

*Gambar koleksi Hugh Clifford yang tersimpan di Royal Geografi Society (RGS) London.

Norma baru.

*NORMA BAHARU SOLAT BERJEMAAH*

Ustaz Kazim Elias mengingatkan kita; “Sekiranya norma baharu ini dilanjutkan untuk jangka waktu yang terlalu lama, maka ianya tidak lagi normal..”

Penampilan terbaru Ustaz Kazim Elias adalah usaha yang patut dipuji dan diakui dalam menegakkan kebenaran, berdasarkan apa yang telah beliau nyatakan untuk membela kebenaran, menunjukkan kerisauan tentang norma baharu ini (jarak 1 meter ketika menunaikan solat berjemaah di masjid/surau) akibat ancaman _pandemik_ ini; di mana penjarakan fizikal 1 meter itu tidak boleh kekal dalam menerapkannya di dalam agama Islam.

Beliau menegaskan; “Kita boleh menerima norma yang baharu ini..tetapi sampai bila? Jika hal baharu ini bertentangan sama sekali dengan Sunnah yang berasal dari Baginda Rasulullah (ﷺ), maka masalah ini harus dibahas dan dikaji semula dengan lebih teliti di dalam pelaksanaannya”.

Tambahnya; “Tidak ada yang lebih baik daripada ajaran yang dibawa oleh Islam. Kita tidak boleh mengatakan bahawa ada cara lain yang lebih baik daripada apa yang diberikan oleh Islam kepada kita dalam menangani masalah ini. Sekiranya norma baharu ini dipraktikkan di dalam Sunnah Islam _selama-lamanya_, maka itu tidak lagi normal. Kita tidak perlu takut ada perkara lain di sebalik _pandemik_ ini dan kajian harus dilakukan secara menyeluruh dan lebih dalam lagi. Sepertinya ada agenda lain di sebalik situasi ini”.

“Pada awal _pandemik_ ini terdapat begitu banyak ketakutan, banyak video yang muncul di merata tempat mengenai betapa bahayanya keadaan di Wuhan di mana seorang individu itu tiba² jatuh, tiba² mati, panik di hospital kerana terlalu penuh dan sukar untuk memasukinya kecuali jika didapati positif atau menunjukkan ada tanda²; akan tetapi setelah virus ini sudah tersebar di seluruh dunia dengan ratusan ribu kes kematian, tiba² rasa panik dan kematian mengejut seperti video rakaman orang yang mati akibat Covid-19 seperti sebelumnya tidak ada lagi kelihatan malahan terus hilang dan senyap begitu sahaja. Yang ada hanyalah berita akan pertambahan kes² baharu sahaja”.

“Islam adalah kebenaran, ajaran yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad (ﷺ) daripada Tuhan semesta alam. Seharusnya tidak ada kompromi di dalam agama Islam, dengan mengubah cara solat solat berjemaah dari cara asal kepada cara yang baru. Tidak wajar kiranya dengan hanya menerima bulat² cara solat berjemaah norma baru; yang lebih menyedihkan lagi adalah kita mengikut dan melakukan saja _sunnah dari WHO_ tanpa mempersoalkan impaknya terhadap ibadah kita”.

Beliau menegaskan bahawa para Ulama’ (secara tidak langsung) harus memikirkan kembali sama ada wajar atau tidak cara perlaksanaan solat berjemaah akibat dari masalah _pandemik_ ini, dengan mengubah cara² solat berjemaah dan menyebabkan Sunnah asal diabaikan dan Sunnah baharu pula diterima. Beliau berpendapat bahawa keadaan ini tidak boleh kekal dalam perlaksanaannya. Beliau mengatakan bahawa agama mesti didahulukan, bukannya norma baharu. Ustaz Kazim Elias juga mengatakan norma baharu ini, seolah² seperti mencipta versi baru agama Islam, akibat daripada mengubah cara Sunnah supaya sesuai dilaksanakan dalam keadaan _pandemik_ ini.

Beliau mengingatkan kembali bahawa Nabi kita (ﷺ) ada memberitahu kita untuk rapatkan bahu ketika berdiri menunaikan solat berjemaah. Nabi Muhammad (ﷺ) bersabda, seperti yang diriwayatkan oleh Al-Bukhaari, 686; Muslim, 425.
Diriwayatkan dari ‘Abd -ullah ibn‘ Umar bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jadikanlah barisanmu lurus, berdiri bahu ke bahu dan tutup celah, dan jangan menolak tangan saudara²mu. Jangan tinggalkan jurang untuk syaitan masuk. Barangsiapa merapatkan saf, Allah akan membalasnya, dan barangsiapa memutuskan saf, maka Allah akan meninggalkannya.

Nabi Muhammad (ﷺ) juga bersabda, diriwayatkan oleh Abu Dawood, 666; Al-Nasaa’i, 819, 620.
Diriwayatkan bahawa Al-Nu’maan ibn Basheer berkata: “Rasulullah SAW berpaling menghadap orang² dan berkata, ‘Luruskan barisanmu..’3x, ‘Demi Allah, adalah lebih baik kamu meluruskan barisanmu atau Allah akan menciptakan perpecahan di antara hatimu. ‘Dan aku melihat orang² berdiri, bahu ke bahu, lutut ke lutut, pergelangan kaki ke pergelangan kaki”.

Berbalik kepada topik _pandemik_ ini, kami ingin mempersoalkan tentang pemakaian topeng muka ketika menunaikan solat. Di mana, semasa melakukan “Sujud” ketika bersolat, 7 anggota badan mestilah menyentuh bumi, bahagiannya adalah;
– 2 hujung telapak kaki
– 2 lutut
– 2 telapak tangan
– serta 1 bahagian muka, (bermaksud dahi serta hidung).

Kira, berapa jumlahnya? Jumlahnya adalah 7 bahagian, bukannya 6½. Dahi dan hidung dikira sebagai satu bahagian. Dengan memakai topeng, bagaimana hidung boleh menyentuh tempat sujud? Bukankah degan memakai topeng muka apabila bersolat, menyebabkan hanya 6½ daripada 7 bahagian yang sepatutnya bersentuhan dengan tempat sujud.

Salah satu Hadis yang menyebutkan tetang perkara di atas mengenai 7 bahagian anggota badan yang mesti menyentuh bumi semasa bersujud adalah;

Sahih Al-Bukhari 809
Diriwayatkan oleh Ibn `Abbas:
Nabi SAW diperintahkan (oleh Allah) untuk sujud pada 7 bahagian dan tidak menyelipkan pakaian atau rambut (ketika bersolat). Bahagian tersebut adalah: dahi (bersama dengan hujung hidung), kedua tangan, kedua lutut, dan (jari kaki) kedua kaki.

Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya, tidak ada yang berlaku secara kebetulan. Dengan izin-Nya, Allah telah memilih Ustaz Kazim Elias, untuk mengingatkan kita akan kebenaran. Kebenaran yang sudah dilupakan oleh kebanyakan umat Islam. Sekarang, adalah bagi kita untuk menyahut cabaran ini, serta bertindak untuk menegakkan Sunnah Nabi kita Nabi Muhammad (ﷺ) dan menyatakan perkara yang benar itu sebagai benar, yang salah sebagai salah.

Para Ulama’ di rantau ini seharusnya mencontohi keberanian Ustaz Kazim Elias dalam menegakkan kebenaran. Jangan menjadi seperti lalang, yang hanya mengikut arah angin ke mana sahaja ia bertiup. Semoga para Ulama’ Islam berhenti bersembunyi di sebalik bayang² dan seharusnya melangkah ke cahaya, kerana bayang itu tidak dapat wujud jika tiada cahaya.

Doa byk2 kpd
Allah..S.W.T.

USD.

Seorang jutawan sedang berada di dalam kereta mewahnya menuju ke pejabat.

Beliau memasang telinga mendengarkan ceramah yang sedang ke udara di radio keretanya.

Penceramah berkata bahawa dunia ini sementara. Kekayaan yang kita miliki ini tiada makna apabila kita sudah mati nanti. Masa hidup ini, perbanyakkan memberi.

Jutawan tadi berasa ceramah itu entah apa-apa.

Katanya kepada pemandu keretanya,
“Orang macam ni nak mengambil kekayaan kita. Sebab tu dia suruh kita memberi ke sini sana. “
Jutawan tadi mencebik.

Di dalam kepala jutawan tadi, mula berfikir segala hartanya yang ada. Segala emas permata, segala duit simpanan, segala asetnya.

Lalu dia bertanya kepada pemandunya,
“Kamu tahu bagaimana kalau saya nak bawa semua harta saya semasa saya mati? Saya tak nak tinggal sikit pun untuk sesiapa”
Lancar soalannya. Mungkin kerisauan hartanya nanti diambil orang apabila sudah mati.

Pemandu jutawan ini mula bersuara.

“Bos ingat tak masa bos pergi US dulu? Masa tu bos bawa matawang apa pergi sana?”

“Mestilah USD. Kau dah kenapa tanya aku macam tu?”
Jutawan tadi berasa pelik, tetapi kepalanya masih menerawang akan segala hartanya yang berkepuk-kepuk.

“Bos, kalau kita nak pergi ke Jepun, kita kena guna matawang Yen kan? Kalau kita nak ke Singapura kita gunakan SGD kan? Apa jadi kalau saya nak pergi sana bawa duit RM50 contohnya untuk pergi membeli-belah, pergi makan, pergi berjalan? Mereka terima tak?”

Jutawan itu ketawa besar.

“Kamu nak pergi negara orang, kena ikut matawang negara itu. Mana laku duit kamu tu kalau nak berbelanja di sana. Kamu kena tukar duit kamu siap-siap di sini. Dah tukar duit, baru kamu selamat nak ke luar negara dengan mudah. Apalah soalan kamu ni”

Pemandu tadi tersenyum.

“Bos, begitu jugalah dengan alam kita selepas dunia. Dia ada ‘matawang’nya sendiri. Tak laku dah segala harta kita, segala Dollar, Pound, Ringgit, Yen yang Kita ada ni. ‘Matawang’ di sana menggunakan amalan kita di dunia. Kalau bos bawa duit bos ke dalam kubur pun, tak laku bos. Takde ‘money changer’ di sana dah”

Jutawan tadi terdiam,
Rasa tersentak,
Air liur yang ditelan terasa pahit dan perit.