Bukit Puteri.

Gambar ni diambil oleh Hugh Clifford pada tahun 1895 Masihi di Bukit Puteri, Kuala Terengganu. Ketika ini mereka dalam ekspedisi memburu Pembesar & Pahlawan Pahang iaitu Dato Bahaman, Tok Gajah , Mat Kilau , Mat Kilau , Panglima Hitam @ Radin Damabulan , Pawang Nong , dan pejuang lain²nya.

Hugh Clifford membuat pemburuan besar²an ke atas Para Pahlawan Pahang bersama bantuan dari Raja siam , Selepas Peristiwa Jeram Ampai pada bulan Jun 1894 Masihi sehinggalah pada bulan November 1895 Masihi , British terpaksa berhentikan pemburuan dan ekspedisinya memburu para Pahlawan Pahang kerana telah ‘Mati Kutu’ dan membelanjakan banyak kos yang merugikan mereka.

Rombongan ekspedisi Hugh Clifford hanya singgah ke Kuala Terengganu ketika misi mencari dan menangkap para pembesar dan Pahlawan Pahang , Walaupun Hugh Clifford tahu para Pahlawan Pahang berada di Kuala Terengganu , Tetapi beliau bersama pengikutnya tidak berani berbuat apa kerana adanya Waliyullah Engku Sayyid Tokku Paloh dan tidak mendapat sokongan dari Sultan Terengganu – Sultan Zainal Abidin lll.

Untuk pengetahuan pembaca , Negeri Terengganu adalah negeri yang paling ditakuti British suatu ketika dahulu dan juga negeri terakhir yang British dapat campur tangan mengambil peluang menguasai kerajaan Terengganu dengan mencampuri sistem pemerintahan pada tahun 1919M , Itupun selepas kemangkatan Tokku Paloh pada tahun 1917 Masihi.

Tokku Paloh bukan saja memberi perlindungan, bahkan mengajarkan Para Pahlawan Pahang Beberapa Ilmu dan menyusun strategi bagi Pahlawan Pahang – Kelantan – Terengganu menawan Kubu British di Jeram Ampai Jerantut Pahang. Hugh Clifford menyifatkan kekuatan & pengaruh Tokku Paloh sangat luar biasa kerana mereka pernah mengalami beberapa peristiwa dimana Tokku Paloh hanya menyengetkan serbannya , Maka bergoncanglah seluruh armada British di Laut Terengganu , Para perunding British juga ketakutan selepas kerusi yang mereka duduk melekat di punggung ketika berjumpa Tokku Paloh untuk berunding meminta sebahagian Tanah di Terengganu.

Bukan itu saja , Pernah sekali British membawa Armada Kapal Perangnya untuk menggertak dan menakutkan Sultan Terengganu , Tokku Paloh dan para rakyat, British melepaskan tembakan meriam berdas² di pantai Terengganu , Ketika itu Sultan Zainal Abdiin lll menitahkan Tokku Paloh untuk melihat apa yang terjadi , Tokku Paloh dan murid kesayangannya Haji Abdul Rahman Limbong hanya pergi berjalan ditepian pantai , Maka gerunlah Penjajah British , Kerana melihat begitu ramai Pahlawan Melayu dengan Bersenjata berdiri menghadap mereka. Sedangkan ketika itu hanya Tokku Paloh dan Haji Abdul Rahman Limbong yang berada disitu , Maka british pun beredar dengan segera.

Ingat nak selit sikit kisah , peristiwa awal serangan Para Pahlawan Pahang Kelantan dan Terengganu sehingga berjaya menawan kubu british , Dah lewat malam dah , Nantilah kita sembang pasal peristiwa tu. Kesimpulan dari post ini gabungan antara Umara dan Ulama itu sangat penting dalam sebuah pemerintahan islam. Tokku Paloh adalah orang kanan & kepercayaan Sultan Zainal Abidin lll. Setiap kali british cuba membuat muslihat untuk menawan dan mencampuri pemerintahan Terengganu , Sultan Zainal Abidin lll hanya berkata “Tanah ini bertuan , Kalau nak pergilah jumpa tuannya (Tokku Paloh).

Jadi Tokoh Peranan Terpenting yang kita boleh lihat pada post ini adalah Waliyullah Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad al-Aidrus. Ataupun lebih dikenali sebagai Tokku Paloh @ Engku Sayyid Paloh ( 1817 – 1917).

Bisirril Fatihah.

*Gambar koleksi Hugh Clifford yang tersimpan di Royal Geografi Society (RGS) London.

Leave a Comment