TALQIN DI KUBUR TIDAK WAJIB
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3228116483914327&id=100001480210614
SOALAN :
Soalan saya apabila ditanam akan mayat adakah wajib membaca talqin di atas kuburnya atau hanya sunat sahaja dan bolehkah ustaz sebutkan bacaan talkin yang ringkas?
JAWAPAN :
Hukum membaca talqin selepas ditanam akan mayat orang Islam yang telah aqil baligh adalah sunat bukannya wajib.
Oleh itu tidak berdosa jika tidak dibacakan atasnya talqin.
Berkata Syeikhul Azhar Syeikh Abdul Majid Salim :
وذهب جماعات من الشافعية إلى استحباب هذا التلقين. فقد جاء فى المجموع للإمام النووى صفحة 303 من الجزء الخامس ما نصه الرابعة قال جماعات من أصحابنا (يعنى الشافعية) يستحب تلقين الميت عقب دفنه، فيجلس عند رأسه إنسان ويقول يافلان ابن فلان ويا عبد الله ابن أمة الله اذكر العهد الذى خرجت عليه من الدنيا، شهادة أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأن محمدا عبده ورسوله، وأن الجنة حق وأن النار حق وأن البعث حق وأن الساعة آتية لاريب فيها وأن الله يبعث من فى القبور، وأنك رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا. وبمحمد صلى الله عليه وسلم نبيا وبالقرآن إماما وبالكعبة قبلة وبالمؤمنين إخوانا إلى أن قال ما نصه وسئل الشيخ عمرو ابن الصلاح رحمه الله. عنه فقال التلقين هو الذى نختاره ونعمل به وقد استحبه أيضا بعض الحنابلة، كما يتبين هذا من المغنى والشرح الكبير من كتب الحنابلة
Artinya : “Dan telah berjalan oleh jemaah ulamak mazhab Syafie kepada disunatkan membaca talqin ini. Maka sungguhnya telah datang dalam kitab Al-Majmu’ bagi Imam Nawawi pada muka surat 303 dari juzuk yang kelima telah berkata beberapa jemaah dari ashab kami mazhab Syafie disunatkan talqinkan mayat selepas dari tanamnya.
Maka duduklah pada sisi kepalanya oleh seorang dan berkata ‘Wahai fulan anak si fulan dan wahai hamba Allah anak kepada hamba perempuan Allah ingatlah akan janji yang kamu telah keluar atasnya dari pada dunia yaitu penyaksian bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah yang esa tiada sekutu bagi-Nya dan bahawasanya Nabi Muhammad itu adalah hamba Allah dan utusan-Nya dan sungguhnya syurga itu benar dan neraka itu benar dan bangkit itu benar dan hari kiamat pasti akan tiba tidak diragukan padanya.
Dan sungguhnya Allah akan membangkitkan segala orang yang berada di dalam kubur. Dan sungguhnya kamu telah redha dengan Allah sebagai tuhan dan dengan Muhammad itu sebagai Nabi dan dengan Quran itu sebagai pemimpin dan ka’bah itu sebagai kiblat dan dengan segala orang mukmin itu sebagai saudara sehingga kepada apa yang telah dinaskan oleh Syeikh ‘Amr ibnu Solah yang telah berkata : Bermula talqin itu ialah apa yang telah kami pilih akan dia dan beramal dengannya dan sungguhnya telah membilang sunat akan talqin ini juga oleh sebahagian dari ulamak-ulamak mazhab Hanbali sebagaimana telah diterangkan pada kitab Al-Mughni dan kitab Syarah Al-Kabir dari segala kitab ulamak mazhab Hanbali.” (Majlis Fatwa Universiti Al-Azhar bertarikh Jamadil akhir 1355H bersamaan 16 September 1936 M)
Bacaan talqin di atas adalah bacaan yang ringkas sebagaimana yang tuan minta dalam soalan.
wallahua’lam
ustaz azhar idrus
